7 Mei 2020 - 17:46
A.S Sudah Keluar Dari JCPOA Dan Tidak Layak Beri Komen Tentangnya: Iran

Kementerian Luar Republik Islam Iran berkata bahawa Washington kehilangan semua hak untuk turut campur tangan dalam isu berkaitan perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 selepas mereka secara unilateral menarik diri daripada kesepakatan bersejarah itu.

Agensi Berita Ahlul Bait - ABNA - Kementerian Luar Republik Islam Iran berkata bahawa Washington kehilangan semua hak untuk turut campur tangan dalam isu berkaitan perjanjian nuklear di antara Iran dan kumpulan P5+1 selepas mereka secara unilateral menarik diri daripada kesepakatan bersejarah itu.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh kementerian tersebut pada hari ulang tahun di mana pentadbiran Presiden Donald Trump membatalkan kesemua komitmen mereka di dalam perjanjian itu dengan menarik diri daripada perjanjian nuklear berkenaan secara sepihak.

Kementerian tersebut membuat komen tersebut ada hari Khamis (07 Mei) di dalam media sosial mereka bersamaan dengan tarikh di mana Amerika Syarikat memilih untuk keluar daripada acuan kerja yang ditetapkan dalam Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

"Pihak A.S membenci JCPOA, menarik diri (secara unilateral) dari perjanjian itu, mencabulnya dan menghukum mereka yang komited terhadap kesepakatan tersebut," tulis kementerian itu di dalam akaun Twitter mereka.

Presiden Trump menyifatkan JCPOA sebagai "kesepakatan terburuk sepanjang zaman" dan mengeluarkan A.S daripada kesepakatan tersebut. Washington kemudiannya turut memperkenalkan semula sekatan yang pernah mereka tamatkan semasa menandatangani perjanjian tersebut di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama.

A.S juga secara berterusan cuba menakutkan pihak penandatangan yang lain untuk segera meninggalkan urus niaga dengan Iran sekaligus bekerja di dalam acuan sekatan yang diperkenalkan secara sepihak oleh Washington.

Tindakan pentadbiran Trump itu dibuat secara sepihak tanpa mengambil kira kedudukan JCPOA yang telahpun dikuatkuasakan oleh Majlis Keselamatan PBB di bawah Resolusi 2231.

Di sebalik penarikan diri mereka daripada kesepakatan tersebut, Washington juga berusaha untuk memperpanjangkan tempoh sekatan penjualan senjata konvensional ke Iran yang bakal tamat pada Oktober ini.

Tindakan A.S itu mendapat respon tegas Iran yang mengingatkan masyarakat antarabangsa berhubung kedudukan Washington yang tidak lagi relevan di dalam menentukan hala tuju JCPOA selepas meninggalkan perjanjian itu secara unilateral. -Press TV